Kehidupan peribadi Krystal Meyers

Krystal mengatakan bahawa beliau mula menyanyi di usia dua tahun; menyanyi solo di gereja pada berumur lima tahun; mula menulis lagu pada usia sepuluh tahun[1] Krystal mula bermain gitar dalam usia 13 tahun, kemudian melancarkan album pertamanya Krystal Meyers pada tahun 2005. Album keduanya, Dying for a Heart, dikeluarkan pada 19 September 2006, dan yang ketiga Make Some Noise dikeluarkan pada 9 September 2008.

Dilahirkan di California, beliau dan keluarganya berpindah ke Eugene, Oregon dan semasa Krystal berusia enam tahun mereka berpindah ke Nashville, Tennessee.[2]

Sewaktu berada di kem remaja Barefoot Republic,[3] di usia 14 tahun, beliau menulis lagu "Anticonformity" [1] bersama rakannya, Hannah Dwinell.[4] Semasa berada di kelas sembilan, beliau melihat rakan-rakannya terjerumus dalam dadah dan seks, sehingga "antikonformiti" menjadi "begitu nyata" baginya: [Yang penting ialah] "menjadi peribadi yang Tuhan inginkan dan menolak untuk mengikuti apa yang dunia inginkan kita ikuti... serta mengejar rencana yang Tuhan miliki bagi kita... Saya tahu betul apa yang anda lalui... Saya hanya ingin mendorong anda."[1] Pada tahun 2009, Krystal berkahwin dengan Alex Hawkins. Kini mereka memiliki tiga anak.